Sunday, 20 November 2011

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BESTARI

1.Pembelajaran kolaboratif dan kooperatif
Kolaboratif membawa makna muafakat dan pemuafakatan antara seorang guru
dengan guru yang lain, antara guru dengan pelajar, ataupun antara guru dengan
pentadbir. Konsep pembelajaran kolaboratif pula berasaskan kepada idea
bahawa pembelajaran adalah satu tingkah laku sosial iaitu melalui perbincangan
atau komunikasi fizikal. Bagaimana pun tidak wujud pergantungan atau kontrak
dalam kolaborasi bersama dan hasil pembelajaran adalah dapatan secara
individu. Kaedah ini juga tidak memerlukan pemantauan guru ataupun struktur
tertentu. Berbeza dengan konsep kooperatif yang berteraskan pasukan kecil
yang memainkan peranan membantu ahli kumpulan agar hasilan dapat dikongsi
bersama. Kaedah kooperatif memerlukan pergantungan positif setiap ahli dan
peranan guru sebagai fasilitator dalam menstruktur dan memantau aktiviti
pasukan mencapai objektif.
2. Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam
pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang
melibatkan aktivitiha n d s-onmi nd s-o n. Murid yang melalui kaedah
pembelajaran secara kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan
mengaplikasikannya kepada situasi lain.

3. Generatif
Pembelajaran generatif mengutamakan proses pembelajaran melalui penjanaan
idea baru berlandaskan pengetahuan sedia ada iaitu menjurus kepada pemikiran
yang menggunakan metafora dan analogi. Strategi ini membantu pelajar
menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan idea asli atau unik.
 4.Metakognitif
Metakognitif ialah kesedaran tentang elemen yang diketahui dan apa yang tidak
diketahui. Strategi Metakognitif menitik beratkan cara untuk meningkatkan
kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila
kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya melalui proses
merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari. Murid boleh
menggunakan strategi metakognitif dan mengawal pembelajarannya melalui
proses yang berikut:
Merancang apa yang hendak dipelajari.
Memantau kemajuan pembelajaran diri.
Menilai apa yang dipelajari 
 
5. Mediatif
Dalam strategi mediatif, pelajar akan belajar melalui interaksi yang dirancang
oleh guru yang menjurus kepada konsep menolong pelajar mengaplikasikan
pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
mengenalpasti andaian, menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis.
Lazimnya guru menggalakkan murid-murid memberikan pendapat masing-
masing melalui pendekatan berikut;
  • perbincangan terbuka
  • pencapaian konsep
  • pembinaan konsep
  • inkuiri

No comments:

Post a Comment